Apa yang kami bina untuk bisnes anda.
Website khusus, sistem bisnes, aplikasi SaaS dan automasi AI. Setiap projek bermula dengan perbualan, bukan sebut harga.
Empat perkara yang kami bina
Website khusus
Website selalunya perkara pertama yang pelanggan nilai tentang bisnes anda. Kami bina website yang laju, jelas dibaca di telefon, dan membolehkan pelanggan bertanya dengan satu sentuhan.
- Website syarikat dan produk
- Landing page untuk kempen
- Harga, pakej dan pertanyaan tempahan
- Integrasi WhatsApp dan pembayaran
- Panel admin untuk kemas kini sendiri
Lihat contoh:EasyCamp Rental →
Sistem bisnes
Jadual, rekod, invois dan laporan biasanya bertaburan di papan putih, spreadsheet dan ingatan seseorang. Kami satukan semuanya dalam satu sistem yang seluruh pasukan boleh lihat.
- Jadual dan kehadiran
- Invois dan rekod pembayaran
- Laporan dan papan pemuka
- Akses ikut peranan untuk staf
- Alat dalaman dan admin
Lihat contoh:EasyTutor →InvoiceKita ↗
Aplikasi SaaS
Produk perisian yang ramai pelanggan daftar dan guna: akaun, kebenaran, bil, dan papan pemuka untuk setiap pelanggan.
- Pendaftaran, akaun dan peranan
- Ruang kerja berasingan untuk setiap pelanggan
- Aliran langganan dan pembayaran
- Papan pemuka dan laporan
- Dibina untuk berkembang tanpa bina semula
Lihat contoh:EasyTutor →InvoiceKita ↗
Automasi AI
Kerja berulang di tengah-tengah: membaca pertanyaan, mengumpul butiran, mengemas kini rekod dan membuat follow-up. Kami bina supaya ia berjalan sendiri, dan berhenti untuk keputusan manusia di tempat yang sepatutnya.
- Pengurusan dan penghalaan pertanyaan
- Follow-up yang tidak terlupa
- Draf balasan dengan kelulusan manusia
- Sambungan ke alat yang anda sudah guna
- Tiada tindakan dihantar tanpa kelulusan anda
Lihat contoh:Enquiry Agent →AdamSofi AI Office →
Macam mana kita mula
Kita berbual
Ceritakan masalahnya. Kami tanya sampai betul-betul faham.
Kami cadangkan
Kami kembali dengan skop, tempoh dan kos. Anda tidak terikat.
Bina & tunjuk
Kami bina berperingkat dan tunjuk kemajuan. Anda beri maklum balas awal, bukan di hujung.
Live & sokongan
Sistem naik online. Kami terus ada untuk kemas kini dan penambahbaikan.
Anda mungkin tertanya
Bergantung pada skop. Sistem pengurusan penuh dan landing page satu halaman bukan benda yang sama. Mesej kami dengan apa yang anda perlukan dan kami beri anggaran yang jujur, percuma.
Website ringkas boleh siap dalam seminggu dua. Sistem dengan pangkalan data, peranan pengguna dan laporan ambil masa lebih lama. Kami beri tempoh yang realistik dari awal, bukan janji yang tak boleh ditepati.
Boleh. Kami sendiri membina dan menjalankan produk seperti EasyTutor dan InvoiceKita, jadi akaun, bil dan pertumbuhan dirancang dari awal, bukan ditampal kemudian.
Selalunya boleh. Kadang-kadang jawapannya bukan bina semula, cuma baiki apa yang ada. Kami beritahu terus kalau itu pilihan yang lebih baik untuk anda.
Boleh. Kami bina dengan panel admin supaya anda boleh kemas kini kandungan tanpa sentuh kod, dan kami tunjuk cara gunanya.
Tak pasti apa yang anda sebenarnya perlukan?
Itu pun titik permulaan yang baik. Mesej kami, kita cari jawapannya sama-sama.
WhatsApp Kami